1)
Matlamat – Penting sebelum memulakan pencarian
yang lain supaya kita tahu apa yang kita perlukan.
2)
Tiket penerbangan – Beli terus tiket pergi &
pulang. Tiket akan mahal bila beli asing2 terutama tiket pulang sebab tiket
pulang menggunakan USD (tapi kadang2 lebih murah, ikut nasib hihi). Bandingkan
harga setiap penerbangan yang ada. Jangan lupa baca juga review orang.
Penerbangan terus dari KLIA 1/KLIA 2 ke Tan Son Nhat Int. Airport mengambil
masa sejam dan 55 minit.
3) Passport - Periksa tarikh tamat passport. Passport hendaklah sekurang-kurangnya 6 bulan sah dari tarikh anda pulang ke Malaysia. Rujuk dengan Jab. Imigresen untuk pastikan.
4)
Waktu semasa – Lambat sejam dari waktu Malaysia
(Penting untuk ambil tahu sebab masa pulang akan ikut waktu Vietnam). Set kan
masa fon (smartphone) kepada automatik dan ia akan ikut zon waktu di mana kita
berada. Gunakan juga jam tangan mengikut waktu Malaysia supaya tidak keliru.
5)
Hotel – Agoda, Booking.com, Hotels combined, hotels.com, dan mana-mana website yang menyediakan perkhidmatan berkenaan. (Penting sambil rujuk google map untuk tahu lokasi hotel), baca review orang kalau ingin tahu
keselesaan hotel berkenaan). Bandingkan. Bila sudah tempah, cetak (cetak dalam
Bahasa inggeris juga, kalau ada dalam Bahasa mereka pun lebih baik).
6)
Tempat-tempat menarik – Google, baca blog-blog
orang. Bila dapat tempat yang ingin dilawati, cari bagaimana untuk pergi ke
tempat tersebut dan cari maklumat yang berkaitan supaya tidak tertipu pada hari
lawatan hihi.
7)
Agen pelancongan – Ini untuk bawa kita ke
tempat2 yang kita ingin pergi. Google, baca blog-blog orang. Bandingkan harga,
bandingkan keselesaan, bandingkan pengalaman2 yang mereka dapat.
8)
Restoran Halal – Google, baca blog-blog orang.
Carilah yang berdekatan dengan hotel yang ditempah. Yang jauh dari hotel, cari lokasinya kemudian cetak alamat dan tandakan dekat peta cetakan yang kita buat (Rujuk no. 9).
9)
Waktu solat – Cetak atau cetak skrin fon (print
screen). Muat turun (download) aplikasi solat sekali dengan kompas untuk arah
kiblat.
10)
Peta – Cetak peta lokasi jauh dan dekat (zoom in & zoom out). Tandakan lokasi hotel & lokasi2 penting.
11)
Matawang – Hadam betul2 pertukaran nilai. Cetak
perbandingan matawang kita dengan matawang Vietnam, nanti boleh rujuk. Cetak
muat2 dompet kita hihi.
12)
Jadual perjalanan (itinerary) – Penting untuk
merancang perjalanan. Draf pun sudah baik, yang penting tarikh, waktu dan
tempat yang ingin dilawati dimasukkan dalam jadual.
13) Mental & Fizikal – Perlu bersedia menerima apa jua perkara yang mungkin tidak mengikut apa yang dirancangkan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.